Saturday, July 13, 2019


Image result for polisas

Membincangkan Peranan Graduan Pelajar Politeknik Dalam Mewujudkan Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Kaum di Malaysia

DUA 6022 Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam

Pensyarah Kursus : 
Puan Hayati Binti Talib @ Wahab


Nama Ahli :
Muhammad Iqram Aniq Bin Abdul Aziz 02DLS17F1059
Vat Chara Phong Maniesewad                   02DLS17F1017
Ahmad Samuel Bin Haironi                      02DLS17F1065
Syed Amirul Alif Bin Syed Salim             02DLS17F1041
Fasihah Hazirah Binti Abdul Halim         02DLS17F1014
Muhammad Nur Ikhwan Bin Bashirun     02DLS17F1026


SESI JUN 2019

  .                                                                                                        .


ISI KANDUNGAN

Muka Surat                                                  Tajuk

1                              Penghargaan

2                              Pengenalan 

3                              Isi-isi Penting

4                              Informasi Tambahan

5                              Kesimpulan / Penutup                  

6                              Rujukan

7                              Lampiran           


.                                                                                                                                                .



Penghargaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kami pemilik blog ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Pensyarah, Ustazah Hayati Binti Talib @ Wahab kerana mengajar dan membimbing kami dalam menyiapkan kerja kursus blog bagi subjek DUA 6022 Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam.

Dalam masa menyiapkan kerja kursus blog ini, kami telah menempuh pelbagai cabaran rintagan dan dugaan serta halangan yang menguji tahap persahabatan dan keimanan kami. Namun begitu, kami berterima kasih di atas pengalaman ini kerana ia telah mebentuk keperibadian dan akhlak kami ke arah lebih baik dan kental. 

Tanpa bimbingan Ustazah Hayati Binti Talib @ Wahab, Ibu Bapa dan rakan-rakan seperjuangan, kerja ini tidak akan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kurang sempurna. Kami ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih sekali lagi kepada yang terlibat.



Sekian, Terima Kasih.


1

.                                                                                                                                                .


PENGENALAN




Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.





Misalnya dalam agama Islam, perayaan yang diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu di negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali dan Thaipusam. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama berkenaan yang majoritinya berbangsa Cina. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai perayaan-perayaan tersebut. 





Seterusnya, dengan adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat . Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakuakan bagi memupuk dan menyemai  agar perpaduan dan keharmonian terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.


Kesimpulannya, negara Malaysia merupakan negara yang sangat unik di mana ia terdiri daripada berbilangan bangsa dan agama. Walaubagaimanapun, perselisihan faham tidak dapat dielakkan tetapi ini bukan halangan untuk Malaysia terus mengekalkan perpaduan, suasana aman dan mengecapi status negara maju.



2

.                                                                                                                                              .


ISI-ISI PENTING 




Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di Negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak institusi pengajian tersebut misalnya di politeknik mahupun universiti swasta atau kerajaan. Pelajar harus menyokong cadangan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan pelajar khususnya pada graduan Politeknik. Dengan adanya pelajar yang memupukkan semangat berbilang kaum pada peringkat awal dan didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi maka usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.





Selain itu, mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya di tempat institusi tersebut semasa hari perayaan. Dengan adanya hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar itu sendiri. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk sifat saling bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka mahupun jamuan raya, pelajar-pelajar boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekaligus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di Negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain, Selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Malaysia. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka serta mengeratkan hubungan silaturahim antara budaya di Malaysia. Oleh itu, rumah terbuka atau jamuan raya yang diadakan pada setiap kali perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat dan pelajar





Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat hindarkan. Sebagai contoh, Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu graduan hari ini mestilah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia. Jadi, graduan mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.



Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum. Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Graduan mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti umtuk merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam kaum itu sendiri dalam masyarakat. Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang. Selain itu, graduan haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat. Akhir sekali, graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka. Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama, kaum, dan masyarakat.





Dalam pada itu, masyarakat khususnya graduan intitusi pengajian tinggi haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum terutama di tempat pengajian. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dengan sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi dan di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Caranya, anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda yang lain.


3
.                                                                                                                                                .



INFORMASI TAMBAHAN




Fiqh Kewujudan Bersama (al-Ta’ayush/Co-Existence)


Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”

(Surah al-Hujurat: 13)

Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan. (Rujuk Al-Kasysyaf, 4/374)

Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara.



Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.



4
.________________________________________________________________________.



Kesimpulan / Penutup


Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.


Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di Negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di Negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah sama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Kesimpulannya, pentingnya budaya dan saling hormat menghormati dalam mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya ketika sambutan perayaan kaum masing-masing. Hal ini kerana, budaya serta nilai hormat menghormati ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, serta status seseorang. Dalam Al-Quran dengan jelas menggesa supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang terdapat dalam surah al-isra’ ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormati orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat dalam diri, maka terbentuk-lah budaya saling menghormati, seterusnya masyarakat dapat bersatu padu dan harmoni.


5

.________________________________________________________________________.


Rujukan






hhttp:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120825/re_03/Wajah-wajah-perpaduan-dalam- malaysia



hhttp://www.heraldmalaysia.com/news/memupuk-semangat-masyarakat-melalui-integrasi budaya/25683/7

hhttp://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam- kalangan-rakyat-malaysia-0

http://www.perpaduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untuk-memantapkan perpaduan-kaum-malaysia.html?=1

hhttp://perayaanutamakaumdimalaysia.blogspot.my/2015/02/perayaan-di-negeri-sabah-dan- serawak.html?m=1

hhttp://unclemilydungun.blogspot.my/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-perpaduan.html


http://202.170.56.249/images/stories/14%20Mac%202012%20-%20Pelajar%20pelbagai%20kaum%20Kosmo.jpg

http://www.heraldmalaysia.com/news/memupuk-semangat-masyarakat-melalui-integrasi-budaya/25683/7

http://www.slideshare.net/myongdae88/masyarakat-pelbagai-kaum-malaysia

http://beutifulest.blogspot.my/2016/07/perayaan-perayaan-agama-di-malaysia.html

http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/115-garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam


6
.________________________________________________________________________.


Lampiran 











7

.________________________________________________________________________________.




KENALI PENULIS ANDA





VAT CHARA PHONG MANIESEWAD 
02DLS17F1017


AHMAD SAMUEL BIN HAIRONI
02DLS17F1065

SYED AMIRUL ALIF BIN SYED SALIM
02DLS17F1041

FASIHAH HAZIRAH BINTI ABDUL HALIM
02DLS17F1014

MUHAMMAD IQRAM ANIQ BIN ABDUL AZIZ
02DLS17F1059

MUHD NUR IKHWAN BIN BASHIRUN
02DLS17F1026




















Membincangkan Peranan Graduan Pelajar Politeknik Dalam Mewujudkan Semangat Perpaduan D alam Kalangan Kaum di Malaysia DUA 6022 Kom...